Program Saringan Kesihatan Gusi UITM-MSP-Haleon

Program Saringan Kesihatan Gusi UITM-MSP-Haleon

Pada minggu yang lepas telah berlangsung satu program saringan kesihatan gusi di UITM Puncak Alam yang dianjurkan bersama oleh Fakulti Pergigian UITM, MSP dan rakan industri iaitu Haleon. Keunikan program yang julung kali diadakan ini adalah dimana fokus diberikan kepada peserta program dengan menekankan kesihatan gusi dan kepentingan saringan gusi secara berkala. Penerangan secara audiovisual dan demonstrasi penjagaan kesihatan gusi telah diadakan selari dengan pemeriksaan gusi oleh Doktor Pakar Gusi (Periodontik) dan Pakar Pelatih dari UITM dan MSP.

Secara keseluruhannya, respon para peserta amat memberangsangkan dimana peserta melaporkan bahawa mereka belum pernah mendapat penerangan tentang penyakit gusi. Mereka juga tidak maklum tentang kepentingannya, dan bagaimana untuk menjaga kesihatan gusi. Sejumlah 174 peserta telah disaring sepanjang dua hari program, melepasi sasaran asal.

Pemeriksaan berkala kesihatan mulut sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan merupakan saranan yang diketahui umum. Walau bagaimanapun, pemeriksaan gusi belum lagi mendapat pendedahan dan rakyat Malaysia secara umumnya tidak maklum tentang keperluan penjagaan kesihatan gusi. Tidak hairanlah kadar penyakit gusi di Malaysia adalah tinggi iaitu 94% di kalangan orang dewasa di Malaysia.

Program saringan kesihatan gusi ini akan diteruskan lagi di Alor Gajar, Melaka pada 14 & 15 Julai 2023. Jom beramai-ramai kesana untuk mendapatkan khidmat dari pakar-pakar periodontik secara percuma!

Dilaporkan oleh 

Nik Madihah Nik Azis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© Copyright 2014 - 2022 | Malaysian Society of Periodontology. Made with ❤️ by INMiND